Sunday, January 29, 2012

introducing part 2

saadah- pun manja
dah 2 minggu tak datang sekolah.

fatimah-tudung biru
yang paling dengar cakap

fifah-manja betul.
selalu je cakap " nak duduk dengan cikgu" kalau tak mesti nangis

puteri


izz isyraf.pagi2 nangis.petang je jadi hero

muiz

fahmi. kalau nak marah tak leh tinggi suara, kene cakap dengan lemah lembut.

adam-the most handsome boy

kids dengan cikgu siti

Thursday, January 26, 2012

..

walaupun 5 orang menangis pagi tadi. tapi semua dengar cakap.
sejuk hati.hehe
pujuk dorang dengan peluk,
bagi janji-janji manis,hehe
borak2 perkara tidak berkaitan seperti baju cuti makan dsbnya,
suruh berhenti menangis dengan alasan tak paham apa yang dorang cakap.
suruh berhenti menangis supaya tak muntah dan sakit dada
bagi gula-gula,
bagi sticker.

rasa seronok sangat bila widad tak tanya langsung bila nak balik.
:)
rasanya dia dah seronok kat tadika.

Wednesday, January 25, 2012

and so on

dah malas nak kira hari keberapa. lagi la cuti lama. budak-budak pun tak produktif cikgu pun lagi la super2 tak produktif. boleh menguap 10-15 kali dalam kelas . zzzz

baru cuti 4 hari separuh kelas tak datang. belum lagi cuti 2 minggu -.-

budak-budak pun kemain lagi bertambah manja. baru cikgu lain masuk kelas kejap. dah menangis.

****
ada jugak pekerja senior yang macam bagus. tanya aku macam ada je yang tak puas hati. padahal pengurus tak kata apa pun. memang rosak terus mood hari pertama kerja. ingatkan cikgu-cikgu tadika berjiwa penyayang murni suci. terus takde pun nak bt inroducing part 2

Sunday, January 22, 2012

so true


blaming each other won't solve anything
good nite n happy holiday people~

Friday, January 20, 2012

introducing part 1


hari ni tak nak cerita pasal rutin. nak cerita pasal budak-budak ni je.

izzah. matured sikit compared dengan yang lain.

faiz iman paling comel. selalu bawak botol susu pergi tadika.
cikgu siti selalu usik dia
"minum susu dalam cawan ke botol"
laju je jawab "cawan"
=.=

alyssa yang paling peramah. kalau ada budak menangis dalam kelas
mesti dia yang tanyaa
"kenapa awak menangis"

ammar yang pemalu

humairah the drama queen, sebab dia ni jenis yang macam popular girl kat high school cakap dengan sleng gedik whateverrrr. pengaruh tv kkot. hehe.. dalam kelas ni ada 2 budak nama yang nak dekat sama. humairah dengan umairah. terpaksa panggil nama manja dia, meme
bile tengok die teringat kat seha. tak tau napa.

**bersambung

Thursday, January 19, 2012

random fact

seeeeeeee

hari seterusnya

lost counting hari yang keberapa dah.hehe

hari-hari benda sama je berlaku.
still ada yang tanya bila nak balik setiap 10 minit.
still ada yang menangis pagi2 -.-
tak tau nak update apa dah.

ntah kenapa hari ni dorang betul-betul menguji kesabaran.
dah penat marah..
so, solution terakhir, bila dorang bising

"sayang cikgu tak?"
semua jawab "sayanggg!!"
"kalau sayang kena denga cakap cikgu"

dorang behave sekejap

tak sampai 10 minit lepas tu bising balik

"tak sayang cikgu laa tuuu"
"sayanggg la cikguu"
"kalau sayang tak buat cikgu marah"

senyap balik -.-

pastu bila bising balik, fatimah tegur kawan-kawan yang bising
" tak sayang cikgu la ni"
hehe

dorang buat bising balik. last sekali suruh dorang menyanyi. lagu gajah. hehe terus ok sikit

ni la fatimah. manja dengan cikgu siti.

ni widad. setiap 10 minit tanya bila nak balik


Monday, January 16, 2012

hari ke berapa ntah

hari ni hari isnin. penghulu segala hari. al maklum la dah sedap cuti dua hari, bukan je anak murid meragam, cikgu pun turut sama merasai gloomy. badan terasa tidak bermaya , tidur tak cukup je rasa =.=

setiap 10 minit je tanya,
"bila nak balik cikgu?"

pertanyaan kali pertama hingga ketiga je aku boleh layan dengan jawapan menyedapkan hati.
lepas tu, aku buat tak dengar je.hihi. tak tau dah nak jawab apa -.-
bayangkan la, dari pagi lagi tanya bila nak balik.. nak tipu tak sampai hati. layan kan je la



nak hilangkan ngantuk punya pasal, kene bawak peneman utk membaca. jadilah rakyat yang rajin membaca. okbye

******
cuti dah nak habis. assignment tak bersentuh. rajin come to me pleaseee.this is deadly serious please.